Selamat Hari Ibu…

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia..

Kenangan Hari Keluarga di Pulau Tioman

Pada 19/10/2012 Kelab Kebajikan dan Sukan Perpaduan telah mengadakan Hari Keluaga di Pulau Tioman.  Rombongan 2 bas telah  bertolak pada Jumaat malam.  Kami masing-masing bawa keluarga bercuti. Sampai di jeti Tanjung Gemok Rompin aku menjadi ketua untuk mendapatkan tiket dengan harga RM70 seorang pergi dan balik.  Aku diberitahu perjalanan memakan masa 2 jam.  Alangkah gembirannya kami ketika bot menyusur dan sampai ke destinasi pukul 11.00 pagi. Petangnya kami berseronok dengan bersukan bersama keluarga.